Kawal Kencing Manis ditubuhkan pada Disember 2020 dan merupakan satu program online yang mempunyai sokongan kumpulan profesional yang terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist.

Visi kami adalah untuk menjadi rujukan utama pesakit kencing manis di Malaysia terutamanya pesakit kencing manis jenis 2 dalam membantu mengundurkan penyakit yang dialami. Melalui perjuangan ini kami berusaha untuk memastikan semua pesakit kencing manis dapat menjalani kehidupan yang lebih bererti.

Dr Farah Farhana

MB BCH BAO, University College Dublin (NUI)

Dr Farah Farhana merupakan seorang doktor perubatan dan juga peneraju kepada Program Kawal Kencing Manis. Beliau merupakan bekas siswazah perubatan di Kolej Universiti Dublin, Ireland dan memulakan karier beliau di Hospital Shah Alam pada tahun 2018. Pengalaman sepanjang bekerja di hospital telah membuka mata beliau untuk mendalami lebih lanjut tentang masalah penyakit kencing manis yang semakin lama semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Beliau sering tertanya-tanya kenapa mereka yang menghidap kencing manis ini keadaan akan semakin teruk walaupun sudah diberi rawatan hospital.

Dr Farah Farhana mula mengkaji kajian-kajian saintifik yang dilakukan kebanyakannya dari luar negara dan akhirnya menemui solusi yang terbaik dalam merawat penyakit kencing manis ini. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa pesakit kencing manis ini boleh hidup dengan lebih bermakna. Dengan pengetahuan ini, Dr Farah Farhana rasakan satu tanggungjawab yang besar untuk mewarwarkan kepada pesakit kencing manis di luar sana bahawa masih ada sinar harapan untuk mereka merasai kembali nikmat sihat yang telah lama diidamkan.

Tercetusnya Program Kawal Kencing Manis adalah untuk memastikan rakyat Malaysia di luar sana lebih cakna tentang kencing manis dan bagaimana untuk hidup bebas daripada kencing manis.

Sejak Disember 2020, program ini telah berjaya membantu lebih daripada 8000 pesakit kencing manis untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna.

Dr Farah Farhana juga aktif dalam melakukan perkongsian tips-tips kesihatan di laman media sosial persendirian, di platform jemputan seperti ML Studio serta beliau juga aktif menjalankan aktiviti secara 'offline' atas jemputan dan kolaborasi badan korporat untuk mendekati lebih ramai masyarakat.

Harapan besar beliau agar usaha ini dapat melahirkan masyarakat yang lebih peka terhadap gaya hidup yang lebih sihat.

"Perjuangan anda adalah perjuangan kami dan perjuangan ini tidak akan pernah berhenti"- Dr Farah Farhana

Team Kawal Kencing Manis

Nutritionist Nureen

Bachelor of Science (Hons) in Nutrition

Nutritionist Kawal Kencing Manis

Dietitian Najmi

Bachelor of Dietitics (Hons)

Dietitian Kawal Kencing Manis